Powered by Blogger.

RSS


TONGKAT ALI





Nama Botani: Polyathia Bulata

Nama Lain: Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin 
Famili: Annonaceae

Pengenalan: 

Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan:

Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurk an bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).




Tea Tree


Nama Botani: Melaleuca alternifolia Cheel

Nama Lain: Gelam wangi, Tea tree (Inggeris)

Famili: Myrtaceae

Pengenalan: 

Tea tree dipercayai berasal dari benua Australia. Tanaman bersifat saka ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia merupakan tanaman jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan. Daunnya kecil tersusun berlingkar di sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang berwarna putih. Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih kurang 3 mm panjang.Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji behih yang kecil dan keras berwarna coklat. Minyak pati tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai.

Khasiat dan Kegunaan: 

Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarabdalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea.



                                                       Senna Mekah



Nama Botani: Cassia angustifolia Vahl

Nama Lain: Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek (Thai), Fan xia ye (China)

Famili: Leguminosae

Pengenalan: 

Senna mekah adalah sejenis tanaman semusim yang renek berasal dari negeri Yemen di selatan Arab. Kini ia ditanam secara komersial di India, Pakistan dan China. Ia sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan aluvium berlom. Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 cm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun. Kudup sena mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari. Bunganya berwarna kuning serta buahnya berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika muda dan perang gelap setelah matang.

Khasiat dan Kegunaan: 

Herba ini berupaya merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk, gout, reumatisme dan penyakit kuning, Kini ia dipercayai dapat merawat jerawat dan kurap serta menghilangkan sembelit.


Selasih




Nama Botani: Ocimum basilicum Linn.

Nama lain: Sweet Basil, French Basil(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)

Famili: Lamiaceae

Pengenalan: 

Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan: 

Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli. 



                                                           Serai Wangi






Nama Botani: Cymbopogon nardus (L.) rendle

Nama lain: Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)

Famili: Graminae

Pengenalan: 

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan:

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OBESITI

                                                             Pendahuluan

 

        Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini adalah disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.Menurut statistic Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor enam di Asia mengalahkan beberapa buah Negara Asia Barat. Selain itu, juga dilaporkan bahawa hampir setengah juta remaja berumur 18 tahun ke  bawah mengalami masalah obesiti. Masalah obesity bukan sahaja berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan Negara di dunia mengalaminya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, menganggarkan lebih kurang 22 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan ini bermakna masalah obesiti di kalangan kanak kanak telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Kelaziman yang telah meningkat pada kadar yang membimbangkan.Di peringkat global,pada tahun 2013, bilangan kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta.
 
     Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan  akibat makan terlalu banyak  Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan menjadi satu penyakit apabila tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di kawal boleh mengakibatkan kecederaan organ-organ dalam badan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung ,tekanan darah tinggi dan diabetes. Orang yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan mereka.
   
          Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami berat badan apabila dewasa kelak. Kenapa obesiti berlaku pada kanak-kanak?  Ia adalah kerana perubahan cara hidup,kurang melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat pemakanan.Isu obesiti di kalangan pelajar bukan sahaja hangat dibincangkan  di dalam media tetapi juga menerusi Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan itu, Ewles dan Simnet (1986) juga menyatakan bahawa pendidikan yang diusahakan  seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan,menyampaikan pengetahuan,menimbulkan kesedaran diri,mengubah sikap,membuat keputusan,mengubah tingkahlaku dan mengubah status social. Dengan adanya matlamat-matlamat ini diharapkan agar masalah obesity yang berlaku di kalangan pelajar atau kanak-kanak di seluruh dunia dapat di atasi.
 
                                                                      ULASAN DARI LIMA ARTIKEL.
Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap lima artikel yang telah dibaca mendapati masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan kerana jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data yang diperolehi daripada CDC (Centers for Disease Control and Prevention) mendapati 17% peratus kanak-kanak dan remaja berumur antara 2 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat adalah obes ,berbanding dengan data yang diperolehi dari NHANES (National Health and Nutrition Examination Survey) yang telah dijalankan antara tahun 1976-1980 dan 2007 – 2008 menunjukkan perubahan dari 6.5 % kepada 19% di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun,manakala  yang berumur 12 hinnga 19 tahun peningkatan jumlah obes adalah  dari 5.0 % kepada 19.6%.
            
   Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Youfa Wang dan Barry M Popkin [1] dan Carlos Monteiro[2] (2000),mendapati peningkatan berat badan kalangan orang dewasa dan kanak-kanak kebanyakkannya berlaku  Negara-negara yang sedang membangun dan Negara-negara berpendapatan tinggi.
                   Obesiti mempunyai etiologi kompleks yang berkaitan dengan kedua-dua genetik dan faktor persekitaran,di mana berlakunya ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan tenaga yang digunakan.Obesiti di kalangan pelajar atau kanak-kanak mungkin dapat dihindari dengan adanya kesedaran terhadap kesihatan di kalangan ibu bapa serta masyarakat sekeliling. Semua pihak perlu peka terhadap masalah ini dan mengambil tindakan yang wajar untuk menanganinya. Menurut Nyberg et aI(2011) punca obesity dalam kalangan kanak-kanak adalah pelbagai seperti tabiat makan yang tidak sihat,kurang aktiviti fizikal dan gaya hidup sedentari. Beliau juga telah mengenal pasti bahawa pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan, teladan ,kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan faktor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya 
perkembangan berat badan anak-anak mereka. 
 
                               FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG OBESITI
            A.Cara Hidup
 Kanak-kanak dan remaja masa kini kurang melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan banyak pergerakan anggota badan seperti berlari,melompat dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan dapatan hasil kajian yang dinyatakan dalam kelima-lima artikel .Menonton television dan bermain permainan komputer menyebabkan kanak-kanak lebih selesa duduk di rumah.Ini menyebabkan mereka kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan. Pengurangan tahap aktiviti fizikal menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga yang turut mempengaruhi kadar rehat metabolism. Ketidak seimbangan ini mengakibatkan pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.
                   Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Wang et.al(2000)mendapati  
          jumlah kanak-kanak dan remaja yang mengalami berat badan berlebihan di     
          kawasan    bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar
       B.  Pemakanan .
Pemakanan merupakan faktor kedua  menyumbang kepada masalah obesiti. Hill  & Trowbridge(1998);Kiess et al(2001)menyatakan bahawa tabiat makan dan corak aktiviti fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh amalan ibu bapa dan persekitaran keluarga.Makanan segera atau makanan sejuk beku segera  begitu sinonim dengan kehidupan masa kini atau kehidupan moden yang dikatakan banyak membantu  meringankan tugas wanita yang bergelar ibu terutama mereka yang bekerja. Mungkin ramai yang tidak menyedari kebanyakan makanan segera adalah penyumbang kepada kalori yang tinggi dalam diet seharian mereka.Selain itu,produk tenusu seperti susu segar, keju atau dadih yang memang sinonim dengan protein,kalsium dan vitamin B juga mengandungi lemak. Justeru,kita disyorkan untuk mengambil susu rendah lemak.
 
C. Genetik.
[3]Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa juga berhadapan dengan masalah obesity.Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan,kebarangkalian anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama 50 %. Jika kedua ibu bapa berhadapan dengan masalah obesity,kemungkinan sebanyak 80% anak mereka juga menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.
 
D.Persekitaran.
      Persekitaran juga dilihat mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk.       Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai symbol keindahan atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk untuk menjadi gemuk dan tidak akan mengalami masalah  psikologi selagi tiada pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik juga berisiko untuk menjadi obes ini kerana kurang melakukan aktiviti fizikal atau bermain dan gaya hidup sedentary seperti menonton televisyen dalam jangka masa yang panjang.
 
                                     KESAN ATAU KOMPLIKASI OBESITI
 
Obesiti atau kegemukan jika tidak dikawal akan menimbulkan  banyak masalah kesihatan pada seseorang individu. Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko menghidap penyakit tinggi kolesterol,diabetes jenis 2,penyakit jantung,masalah tulang dan sendi. Selain itu, kanak-kanak obes juga[4] berisiko tinggi terhadap stigmatisme social yang menyebabkan perkembangan akademik dan social yang lemah.Menurut jurnal nutrisi(2010) bagi kanak-kanak perempuan yang obes,mereka akan mengalami tahap kematangan lebih awal akibat berlakunya perubahan hormone dengan cepat di mana mereka  akan datang haid lebih cepat daripada kanak-kanak biasa. Selain itu,kanak-kanak yang obes juga berkemungkinan mempunyai IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. 
 
                                LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI
 
      Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa,guru-guru dan semua pihak perlu sama-sama berganding bahu untuk cari jalan penyelesaian kerana obesiti merupakan satu perkara  serius yang harus ditangani dengan segera. Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah melalui pendidikan kesihatan,ibubapa pula berperanan sebagai model untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengubah sikap terlebih dahulu dengan mengubah cara pemakanan iaitu mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan menghindari makanan yang berisiko menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat diperlukan untuk untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk belajar.  Amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan bercirikan bijirin penuh serat,jenis protein yang betul,sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serta dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
 
             Jika di sekolah guru-guru pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak untuk bersenam dan bermain di padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan masa untuk membawa anak-anak mereka keluar untuk beriadah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Masyarakat setempat juga perlu peka dengan masalah obesity dan mengambil inisiatif untuk sama-sama mengatasinya seperti menganjurkan ceramah-ceramah,kempen hidup sihat, mengadakan karnival sukan atau larian . Ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang lebih positif dengan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau budaya di kalangan mereka. Selain itu, saringan BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah satu strategi yang digunakan dalam menyediakan maklumat berkenaan pemeriksaan dan pengawasan untuk mengurangkan obesity dan berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
 
            Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di sekolah melalui mata pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat dan tidak sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan seterusnya  cuba mengubah tingkah laku  atau tabiat pemakanan serta gaya hidup seharian mereka. 
 
               Penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh Ruzita Abd Talib et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-kanak) di mana mereka  menyukai buku panduan kecil berwarna warni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkenaan pemakanan yang betul.
 
                                                                 RUMUSAN 
 
       Obesiti atau  berlebihan berat badan merupakan satu masalah yang serius kerana ia oleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.Golongan obes selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding berat badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima artikel, saya mendapati semua menyatakan pemakanan, persekitaran ,genetic dan cara hidup merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada kalangan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak adalah penting kerana ia mempunyai banyak kesan buruk  terhadap kesihatan  kanak –kanak atau orang dewasa. Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi   telah dibuat dengan memberi tumpuan kepada  kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di Negara-negara membangun.
 
     Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-guru ,pengusaha kantin sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap masalah ini yang mana ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kanak-kanak atau pelajar sekolah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian dari peringkat awal lagi. Ibubapa tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan meletakkan tanggungjawab  mengawasi pemakanan  anak-anak kepada guru semata-mata. Mereka sepatutnya bertanya pada anak mereka berkenaan makanan yang di makan semasa berada di kantin sekolah. Ibubapa  perlu memantau pemakanan  anak-anak dan menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal ,bersukan atau bermain. Ibu bapa yang gemuk mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak gemuk kerana mereka mengalami factor persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic tidak boleh diubah.oleh itu, kita perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran untuk mencegah obesity. Dalam satu kajian lain yang dijalankan di Mexico, kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar menghabiskan sejumlah besar masa dengan menonton televisyen atau menonton video sambil makan makanan ringan .Disamping itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan komersial  boleh mempengaruhi pengambilan tenaga melalui penggunaan makanan ringan.
 
          Guru Pendidikan Kesihatan perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dalam menyampaikan ilmu agar dapat menimbulkan kesedaran akan perlunya menjaga kesihatan dengan cara mengawal pemakanan .
 
     Selain itu, dorongan dan galakkan  perlu diberikan kepada murid-murid untuk membuat pilihan  atau keputusan  agar mereka dapat menentukan apa yang terbaik untuk mencapai tahap kesihatan  yang baik.
 
       Kesedaran diri yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya disusuli dengan perubahan sikap pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk menangani masalah obesiti, seseorang perlu mengawal pemakanan serta mengambil makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam  pyramid makanan disamping melakukan senaman atau aktivit  fizikal secara  teratur dan berdisiplin. Selain itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana ini boleh memperbaiki semula kesihatan mereka.  Pernyataan ini sesuai dengan pernyataan yang disebut oleh Nyberg et al(2011) bahawa pengetahuan,sikap,kegemaran  penjagaan dan pengawalan,teladan, kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan factor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
 
              Kanak-kanak merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan adanya Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka  guru-guru dapat mencapai  matlamat masyarakat sihat  bukan sahaja di kalangan murrid-murid sekolah ,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang penting ialah setiap ahli dalam  sesebuah masyarakat  harus bertindak dan berazam untuk  sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu terus menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMALANGAN JALAN RAYA







                                                               

                                                                     DEFINISI 

Kemalangan jalan raya merupakan suatu tragedi yang melibatkan semua orang sama ada sebagai pemandu kenderaan, penumpang, atau pejalan kaki.

                                                                 PUNCA-PUNCA

1. Sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.

2. Jalan raya licin semasa hujan menyebabkan kenderaan terbabas dan tidak terkawal.

3. Jalan raya sempit menyebabkan banyak kenderaan tidak mempunyai ruang untuk bergerak apabila berlaku kecemasan.

4. Memandu ketika mabuk, khayal @ mengantuk.

5. Ketiadaan tempat rehat dan lampu jalan.

                                       LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

1.Mengetatkan peraturan dan pengawasan yang lebih kerap.

2.Pengeluaran lesen yang lebih ketat.

3.Pihak berkuasa seperti polis trafik dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) harus bekerjasama dan mempergiatkan operasinya.

4.Menggunakan pistol radar untuk menahan kenderaan yang melepasi had laju yang ditetapkan.

                                                  KESAN-KESAN

1. Kadar kematian seluruh negara semakin meningkat.

2. Ramai ahli keluarga akan kehilangan orang yang tersayang.

3. Trauma.


                                                      HALANGAN@CABARAN

1. Sikap pemandu yang masih tidak mahu bekerjasama menyebabkan masalah ini sukar diatasi.

2. Segelintir masyarakat tidak memandang berat hukuman yang dikenakan.

3. Segelintir masyarakat memandang ringan terhadap operasi yang telah dilancarkan.

4. Sikap pemandu yang merasuah pihak polis trafik supaya tidak disaman.

                                       GARIS PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA

1. Pasangkan lampu - Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.

2. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.

3. Kurangkan kelajuan - Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.

4. Jaga jarak antara kenderaan - Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan berhenti di tepi jalan - Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.

5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan - Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.

6. Kenderaan rosak - Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.

7. Warga emas - Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.

8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik - Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.

9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal - Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.

10. Peringatan kepada pengguna motokar - Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.


                        PEMANDUAN BERHEMAH KETIKA CUACA BURUK

1. Sapu wap pada cermin kenderaan anda yang disebabkan oleh hujan,jika perlu gunakan pengering cermin(dimister.

2. Kurangkan kelajuan anda mengikut keadaan cuaca. Pastikan lampu belakang, lampu brek, dan lampu isyarat yang lain dalam keadaan baik.
3. Jika hujan terlalu lebat, anda dinasihati supaya memberhentikan kereta anda di tempat yang selamat sehingga hujan berhenti.

4. Anda harus berhati-hati dan memperlahankan kenderaan anda apabila hujan mula turun kerana pada masa itu jal;an licin.
5. Cuaca buruk tidak mendatangkan bahaya jika pemandu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

                                                              RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kemalangan jalan raya semakin berleluasa dari semasa ke semasa yang melibatkan nyawa. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan. Kempen dan pelaksanaan Sistem Jalan Raya(KEJARA) harus dipergiatkan lagi untuk menyedarkan pemandu.Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara infrastruktur jalan raya harus mempunyai integriti dan kredebiliti untuk menjalankan tugas dengan amanah bagi mengurangkan masalah kemalangan jalan raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JEREBU


                                                        


                                                      Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


        



                                                     Punca - Punca Terjadinya Jerebu 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

                                          Indeks Pencemaran Udara (IPU) 

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPU
Status
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

                                   JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA 

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGENALI ADHD :)

                                                                Pengenalan

    Sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpotensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Tambahan pula dengan corak kehidupan masa kini yang banyak memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta  kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

    Namun begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan mengalami masalah pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut dari peringkat awal       lagi oleh ibu bapa dan guru. Ibu bapa perlu peka dengan setiap aktiviti  atau tindak balas yang tidak normal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Mereka tidak boleh menganggap bahawa perubahan positif akan berlaku apabila meningkat remaja tanpa rawatan dan terapi yang khusus oleh pihak yang berwajib. 

                                          Latar belakang Kurikulum Pendidikan Khas

            Falsafah pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi memenuhi dan kehendak falsafah pendidikan khas, kurikulum yang dibina berlandaskan 3 prinsip utama :

            1.1.1    
Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta social.

            1.1.2 
      Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran  yang dapat merangsang  dan mengekalkan minat   murid   berkeperluan khas kepada pembelajaran.Ini bermasalah pembelajaraan  yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat   menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan untuk dirinya dan juga masyarakat amnya.
    
            1.1.3   
         Pendidikan sepanjang hayat pula memberi fokus pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan  yang dapat menjana penguasaan ilmu  secara berterusan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Manakala objektif pendidikan khas pula adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dan juga menyediakan pendidikan yang sesuai  dan relevan  kepada setiap murid dengan keperluan khas.Selain itu, objektif pendidikan khas juga member peluang kepada murid pendidikan khas ini untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka  di samping menguasai kemahiran asas 3M serta membina keyakinan diri yang positif terhadap pembelajaran.

        Menurut Jamila K.A Mohamad (2005), pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas tetapi ia perlu diketahui oleh semua masyarakatterutama sekali warga pendidik. Menurutnya lagi, tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan yang mendalam juga akan mengakibatkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini yang menyebabkan kanak-kanak ini digelar sebagai malas, bodoh, degil, nakal dan sebagainya. Situasi ini akan menyebabkan murid-murid tersebut tidak berkeyakinan diri dan sentiasa mempunyai tingkahlaku negatif yang menimbulkan masalah kepada guru dan pengajaran pembelajaran  tersebut.

                                                                    Kategori ADHD

            Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang berlaku di kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

2.1.1    Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)
            Kanak-kanak ini mempunyai daya tumpuan yang singkat  terhadap sesuatu perkara.           Selain itu, kanak-kanak ini juga sering melakukan kesalahan yang sama ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga   kanak-kanak ini gagal mematuhi arahan  dan gagal menyiapkan tugasan atau kerja sekolah serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian. Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan  ialah kanak-kanak ini tidak  akan memberikan perhatian  kepada orang yang bercakap dengannya.

2.1.2    Implusif (mengikut dorongan hati).
            Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dan            tindakan dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan terburu walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Manakala jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan yang disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu kanak-kanak lain ketika melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab soalan guru.Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka akan cepat berubah tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh ketika mereka sedang menulis sseuatu latihan yang diberi oleh guru, kanak-kanak implusif ADHD ini akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas.

2.1.3    Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).
            Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka akan berkelakuan seperti menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ini juga sukan berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk mereka duduk dalam keaadaan yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini seringkali merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga   tahun yang mula pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain bagi kanak-kanak hiperaktif ini ialah kanak-kanak ini banyak bercakap dan bersikapdegil serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

                  Punca-punca berlakunya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

     Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan  bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD  selalunya dipengaruhi oleh  faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD  adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mepunyai sejarah ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.

        Manakala menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Mereka yang mengalami ADHD juga menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend (2006), kajian yang dijalankan  ke atas bahagian otak  menunjukkan terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian ini mengawal fungsi yang  berlainan. Untuk penghidap ADHD mereka akan kekurangan electricall activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.Dalam hal ini juga, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa  amalan merokok dan pengambilan akohol ketika ibu sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko yang tinggi mendapat ADHD bagi  bayi yang dikandung itu. Kemudiannya, factor lain yang menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah kesulitan dalam pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami sesuatu yang dipelajari
.
              Ciri -ciri kanak-kanak Hiperaktif Atau ADHD menurut Wiliam Cruickshank

 Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua jenis:
 Sensory Hyperactive (Pancaindera):
  •  Lemah dan gagal memberi tumpuan 
  •  Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu                            suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang                                 menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan                          tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran.
  •  Mudah hilang tumpuan
  •  Kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan                                  aktiviti pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya                          mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang  
  •  dapat  menghiburkan hatinya.
  •  Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
  •  Kanak-kanak ADHD ini  memberi perhatian pada pandangan dan                                        pendengaran yang berulang kali.
  •  Tidak dapat membuat gambaran, pengasingan dan meyatakan kaitan atau perhubungan.
  • Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek,                                   membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait                         seperti perbezaan antara pokok kelapa dan pokok pinang.
  •  Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang
  •  Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan                                          persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan ruang.

                               Ciri –ciri perkembangan motor kanak-kanak ADHD

            Bagi perkembangan motor sama ada motor halus atau motor kasar, kanak-kanak ADHD perlu diberi perhatian yang serius dan rapi oleh ibu bapa dan juga guru. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif ini akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Keduanya kana-kanak ini juga suka melakukan aksi yang merbahaya seperti melompat dari kerusi ke kerusi dengan jarak yang jauh, memanjat grill pintu dan terjun ke bawah, memegang pisau yang tajam dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini juga amat suka berlari-lari di dalam kelas. Mereka menganggap ia adalah satu keseronokkan  dan kepuasan  walaupun kadang kala mereka terjatuh atau tersungkur. Seterusnya kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah tidur yang lasak dalam keadaan posisi badan yang tidak menentu dan beralih arah. Tidak mustahil juga jika sewaktu tidur kanak-kanak ADHD ini berjalan ke tempat yang lebih selesa untuk dia tidur. Tambahan pula kanak-kanak ADHD ini juga tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan dan suka mengelamun atau berkhayal yang mengundang bahaya jika khayalan tersebut tidak disedari dengan melakukan sesuatu yang di luar kawalannya.

                   Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak  ADHD

       Dalam perkembangan sosial, keadaan kanak-kanak ADHD mereka akan cepat bosan dan pada waktu yang sama juga  mereka tidak berdaya untuk menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkan. Kanak-kanak ADHD ini juga tidak mempunyai sikap empati pada perasaan orang lain. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori dan juga seorang yang pelupa  dan tumpuan mereka mudah terganggu dengan situasi yang pelbagai.

                                                                   Kesimpulan

      Justeru itu kecelaruan ADHD ini adalah gangguan tingkah laku yang perlu di tangani dengan serius oleh semua pihak. Ini kerana kanak-kanak yang  mengalami gangguan ADHD ini akan bertindak secara agresif yang akan mengganggu kanak-kanak lain terutamanya ketika berada di sekolah. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk NGO dan pihak kerajaan. Seperti yang telah dibincangkan masalah ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak  terutamanya kanak-kanak lelaki. Jika tidak dibendung dan dirawat boleh menyebabkan kanak-kanak ADHD ini terbabit dengan salah laku jenayah yang serius apabila dewasa nanti. Jadi, peranan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat amatlah penting bagi menangani permasalahan kecelaruan ADHD ini.

     Mereka perlu sentiasa memberi sokongan, kasih sayang dan kemesraan terhadap anak-anak ADHD agar kanak-kanak ini tidak berasa rendah diri dan bertindak dengan agresif di dalam perlakuan mereka.Namun begitu,  kasih sayang yang melampau juga   akan memberi kesan yang negative terhadap kanak-kanak ini. Justeru itu,  ibu bapa perlu menyatakan garis dan batasan tertentu yang perlu mereka patuhi. Memberikan didikan agama  yang bermula dari kecil lagi akan dapat  memberi panduan bahawa terdapat undang-undang yang perlu mereka patuhi. Ibu bapa juga hendaklah tidak memandang rendah  terhadap kebolehan mereka sebaliknya ibu bapa sentiasa memberi dorongan yang positif agar jati diri mereka terbina.

            Peranan guru juga adalah penting bagi menangani kanak-kanak ADHD ini. Dengan itu hubungan baik  di antara guru dan murid bermasalah ADHD ini diwujudkan. Kebijaksanaan dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar perlu diamalkan apabila berhadapan dengan murid yang mengalami masalah ADHD ini. Jelaslah  disini kerjasama di antara guru, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pihak kerajaan amat diperlukan bagi menangani masalah ADHD ini di kalangan kanak-kanak. Rawatan segera perlu dilakukan agar kanak-kanak ADHD ini


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA ITU ROHINGYA












SEJARAH

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan , terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal . Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaanUNu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan

Menurut  Amnesy International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaa oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia , Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009 

Pelarian

            Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di   Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia . Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.

            Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan. Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS