TONGKAT ALI

Nama Botani: Polyathia Bulata

Nama Botani: Polyathia Bulata
Nama Lain: Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin
Famili: Annonaceae
Pengenalan:
Pokok
bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m.
Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna
keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang
('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12
cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang
urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.
Khasiat dan Kegunaan:
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurk an bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).
Tea Tree
Nama Botani: Melaleuca alternifolia Cheel
Nama Lain: Gelam wangi, Tea tree (Inggeris)
Famili: Myrtaceae
Pengenalan:
Tea
tree dipercayai berasal dari benua Australia. Tanaman bersifat saka ini
boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia merupakan tanaman
jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan
boleh disiat dalam bentuk kepingan. Daunnya kecil tersusun berlingkar di
sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang
berwarna putih. Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih
kurang 3 mm panjang.Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji
behih yang kecil dan keras berwarna coklat. Minyak pati tea tree di
hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai.
Khasiat dan Kegunaan:
Ekstrak
minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan
terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan
antibakteria yang mujarabdalam penyediaan barangan untuk penjagaan
kulit. Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah
dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree
adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea.
Senna Mekah

Nama Botani: Cassia angustifolia Vahl
Nama Lain: Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek (Thai), Fan xia ye (China)
Famili: Leguminosae
Pengenalan:
Senna
mekah adalah sejenis tanaman semusim yang renek berasal dari negeri
Yemen di selatan Arab. Kini ia ditanam secara komersial di India,
Pakistan dan China. Ia sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan aluvium
berlom. Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan
berwarna hijau pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 cm. Daunnya
berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun. Kudup
sena mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang
sepenuhnya selepas 65 hari. Bunganya berwarna kuning serta buahnya
berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika
muda dan perang gelap setelah matang.
Khasiat dan Kegunaan:
Herba
ini berupaya merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kulit,
sembelit, cacing, anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk, gout,
reumatisme dan penyakit kuning, Kini ia dipercayai dapat merawat jerawat
dan kurap serta menghilangkan sembelit.
Selasih

Nama Botani: Ocimum basilicum Linn.
Nama lain: Sweet Basil, French Basil(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)
Famili: Lamiaceae
Pengenalan:
Selasih
merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali
sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini
dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui
mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini
berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan
Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di
kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi.
Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara
kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan
sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan
ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada
hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan
berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya
pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75
hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung
batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan
bauan yang sangat beraroma.
Khasiat dan Kegunaan:
Tanaman
selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini
digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di
Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka
terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di
samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal
dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang
dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri
minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan
bauan dan perisa yang asli.
Serai Wangi
Nama Botani: Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain: Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili: Graminae
Pengenalan:
Tanaman
Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari
Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan
negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi
biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan
ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi
bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman
rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh
tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 –
80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat
yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan
serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah
cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Khasiat dan Kegunaan:
Dari
segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas
bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air
rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada
seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut
untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan
kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam
khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak
pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa.
Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal
dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar
pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan
mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan
dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun
dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar
ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.
0 comments:
Post a Comment