Pengenalan
Sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat
zuriat yang berpotensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan
dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Tambahan pula
dengan corak kehidupan masa kini yang banyak memberi penekanan terhadap
pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara.
Namun begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan
mengalami masalah pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut
dari peringkat awal lagi oleh ibu bapa dan guru. Ibu bapa perlu
peka dengan setiap aktiviti atau tindak balas yang tidak normal yang
dilakukan oleh kanak-kanak ini. Mereka tidak boleh menganggap bahawa
perubahan positif akan berlaku apabila meningkat remaja tanpa rawatan
dan terapi yang khusus oleh pihak yang berwajib.
Latar belakang Kurikulum Pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan
untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai
seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi memenuhi
dan kehendak falsafah pendidikan khas, kurikulum yang dibina
berlandaskan 3 prinsip utama :
1.1.1
Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang memberi fokus kepada potensi
individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta social.
1.1.2
Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang dan
mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Ini
bermasalah pembelajaraan yang kondusif perlu diberi penekanan agar
murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan
untuk dirinya dan juga masyarakat amnya.
1.1.3
Pendidikan sepanjang hayat pula memberi fokus pemerolehan ilmu
pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana
penguasaan ilmu secara berterusan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.Manakala objektif pendidikan khas pula adalah untuk menyediakan
peluang dan kemudahan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dan
juga menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid dengan keperluan khas.Selain itu, objektif pendidikan khas juga
member peluang kepada murid pendidikan khas ini untuk mengembangkan
bakat dan potensi mereka di samping menguasai kemahiran asas 3M serta
membina keyakinan diri yang positif terhadap pembelajaran.
Menurut Jamila K.A Mohamad (2005), pendidikan khas bukan sahaja
perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas tetapi ia perlu
diketahui oleh semua masyarakatterutama sekali warga pendidik.
Menurutnya lagi, tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan
guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan yang mendalam juga akan
mengakibatkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini
yang menyebabkan kanak-kanak ini digelar sebagai malas, bodoh, degil,
nakal dan sebagainya. Situasi ini akan menyebabkan murid-murid tersebut
tidak berkeyakinan diri dan sentiasa mempunyai tingkahlaku negatif yang
menimbulkan masalah kepada guru dan pengajaran pembelajaran tersebut.
Kategori ADHD
Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang
berlaku di kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
2.1.1 Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)
Kanak-kanak ini mempunyai daya tumpuan yang singkat
terhadap sesuatu perkara. Selain itu, kanak-kanak ini juga
sering melakukan kesalahan yang sama ketika melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga kanak-kanak ini
gagal mematuhi arahan dan gagal menyiapkan tugasan atau kerja sekolah
serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
harian. Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah
kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang
bercakap dengannya.
2.1.2 Implusif (mengikut dorongan hati).
Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan
sesuatu perkara dan tindakan dengan mengikut kata hati dengan
tidak berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab soalan yang
dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan terburu walaupun soalan yang
diajukan belum habis disoal oleh guru. Manakala jawapan yang diberikan
oleh kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan yang disoal oleh
guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu
kanak-kanak lain ketika melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab
soalan guru.Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka
akan cepat berubah tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula.
Sebagai contoh ketika mereka sedang menulis sseuatu latihan yang diberi
oleh guru, kanak-kanak implusif ADHD ini akan beralih tindakan kepada
bermain alat permainan di dalam kelas.
2.1.3 Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).
Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka akan berkelakuan
seperti menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di
tempat duduknya. Kanak-kanak ini juga sukan berlari-lari, memanjat
perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk mereka duduk dalam keaadaan
yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini seringkali merungsingkan ibu bapa
apabila kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga tahun yang mula
pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain bagi kanak-kanak
hiperaktif ini ialah kanak-kanak ini banyak bercakap dan bersikapdegil
serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
Punca-punca berlakunya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca
berlakunya ADHD ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat
mengenal pasti punca sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak
yang mengalami simptom-simptom ADHD tersebut. Menerusi kajian yang
dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu
bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi
kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh
faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah
keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi
ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mepunyai sejarah ADHD. Pendapat
ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa
80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.
Manakala menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan
oleh kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian
otak yang tertentu. Mereka yang mengalami ADHD juga menghadapi masalah
kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak
mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend (2006), kajian yang
dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan terdapat tiga bahagian
otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga
bahagian ini mengawal fungsi yang berlainan. Untuk penghidap ADHD
mereka akan kekurangan electricall activity dan kekurangan tindak balas
kepada stimulasi di bahagian otak.Dalam hal ini juga, terdapat pendapat
yang mengatakan bahawa amalan merokok dan pengambilan akohol ketika ibu
sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko yang tinggi
mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu. Kemudiannya, factor lain
yang menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah kesulitan
dalam pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan
ADHD kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami
sesuatu yang dipelajari
.
Ciri -ciri kanak-kanak Hiperaktif Atau ADHD menurut Wiliam Cruickshank
Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua jenis:
Sensory Hyperactive (Pancaindera):
- Lemah dan gagal memberi tumpuan
- Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran.
- Mudah hilang tumpuan
- Kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan aktiviti pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang
- dapat menghiburkan hatinya.
- Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
- Kanak-kanak ADHD ini memberi perhatian pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.
- Tidak dapat membuat gambaran, pengasingan dan meyatakan kaitan atau perhubungan.
- Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan antara pokok kelapa dan pokok pinang.
- Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang
- Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan ruang.
Ciri –ciri perkembangan motor kanak-kanak ADHD
Bagi perkembangan motor sama ada motor halus atau motor
kasar, kanak-kanak ADHD perlu diberi perhatian yang serius dan rapi oleh
ibu bapa dan juga guru. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif ini akan
sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri. Keduanya kana-kanak ini juga suka melakukan
aksi yang merbahaya seperti melompat dari kerusi ke kerusi dengan jarak
yang jauh, memanjat grill pintu dan terjun ke bawah, memegang pisau yang
tajam dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini juga amat suka
berlari-lari di dalam kelas. Mereka menganggap ia adalah satu
keseronokkan dan kepuasan walaupun kadang kala mereka terjatuh atau
tersungkur. Seterusnya kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah tidur yang
lasak dalam keadaan posisi badan yang tidak menentu dan beralih arah.
Tidak mustahil juga jika sewaktu tidur kanak-kanak ADHD ini berjalan ke
tempat yang lebih selesa untuk dia tidur. Tambahan pula kanak-kanak ADHD
ini juga tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan dan suka
mengelamun atau berkhayal yang mengundang bahaya jika khayalan tersebut
tidak disedari dengan melakukan sesuatu yang di luar kawalannya.
Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak ADHD
Dalam perkembangan sosial, keadaan kanak-kanak ADHD mereka akan
cepat bosan dan pada waktu yang sama juga mereka tidak berdaya untuk
menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkan. Kanak-kanak ADHD
ini juga tidak mempunyai sikap empati pada perasaan orang lain. Selain
itu, kanak-kanak ADHD ini kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori
dan juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu dengan
situasi yang pelbagai.
Kesimpulan
Justeru itu kecelaruan ADHD ini adalah gangguan tingkah laku yang perlu di tangani dengan serius oleh semua pihak. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami gangguan ADHD ini akan bertindak secara agresif yang akan mengganggu kanak-kanak lain terutamanya ketika berada di sekolah. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk NGO dan pihak kerajaan. Seperti yang telah dibincangkan masalah ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki. Jika tidak dibendung dan dirawat boleh menyebabkan kanak-kanak ADHD ini terbabit dengan salah laku jenayah yang serius apabila dewasa nanti. Jadi, peranan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat amatlah penting bagi menangani permasalahan kecelaruan ADHD ini.
Mereka perlu sentiasa memberi sokongan, kasih sayang dan kemesraan terhadap anak-anak ADHD agar kanak-kanak ini tidak berasa rendah diri dan bertindak dengan agresif di dalam perlakuan mereka.Namun begitu, kasih sayang yang melampau juga akan memberi kesan yang negative terhadap kanak-kanak ini. Justeru itu, ibu bapa perlu menyatakan garis dan batasan tertentu yang perlu mereka patuhi. Memberikan didikan agama yang bermula dari kecil lagi akan dapat memberi panduan bahawa terdapat undang-undang yang perlu mereka patuhi. Ibu bapa juga hendaklah tidak memandang rendah terhadap kebolehan mereka sebaliknya ibu bapa sentiasa memberi dorongan yang positif agar jati diri mereka terbina.
Peranan guru juga adalah penting bagi menangani kanak-kanak ADHD ini. Dengan itu hubungan baik di antara guru dan murid bermasalah ADHD ini diwujudkan. Kebijaksanaan dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar perlu diamalkan apabila berhadapan dengan murid yang mengalami masalah ADHD ini. Jelaslah disini kerjasama di antara guru, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pihak kerajaan amat diperlukan bagi menangani masalah ADHD ini di kalangan kanak-kanak. Rawatan segera perlu dilakukan agar kanak-kanak ADHD ini
0 comments:
Post a Comment